Pages

Jumaat, 13 April 2012

CARI KERJA! CARI KERJA!


As-Salam

Hari ini hari jumaat,so aku dah deal dengan kawan aku Arafah &Hanifah untuk cari kerja! yurp cari kerja kerana aku dah tak sanggup nak jadi penternak lemak yang papa kedana sepanjang cuti semester nih!! hahaha kali ni, tak da lah aku meroyan tunggu bus yang kalau nak berak buang air pon sempat lagi,itupon belom tentu bus akan muncul tau... tapi cube kalau tak tunggu,pergh kejap-kejap lalu,macam menganjing jer kan...  thanks Ipah coz sudi bawak ktaorang pergi setiap ceruk Segamat just nak survey vacancy job nek keta MyVi yang comel uh..

Nak jadikan cerita, semua tempat kitaorang pergi. Kalau dekat One Stop yang akan dibuka 15.April nih tok sah cakap laa..segala pamplet yang da tampal 'Job Vacancy' tuh semuanya kitaorang contact manager dia tanya ada kerja ke tak da? punyalah excited giler kan kitaorang nih nak kerja main point nak duit jerr senaya sebab dah tersangatlah pokai.  Tak cukup lagi,pergi lak round satu KipMart,then pergi Guardian,Secret Recipe( harap2 dapat laa kat sini as part time,basic je RM 720 beb!),Butik segala macam butik..termasuklah Butik Anakku

ok kat Butik Anakku ni aku nak berchegite cikit sal kisah pengajaran yew..Hmm mula-mula kitaorang jumpe manager dia  seorang Ms. yang berbangsa Cina,  dia  cakap memang dia perlukan pekerja skunk nih (bunge-bunge terus hati kitaorang =) mule2 jerr) then dia pon interview la kami spontaneously sambil isi borang Job Applicant. Aku tengok dia nih jenis tegas sikit,tak suke pekerja yang main-main. Bile dia explain sal policy company, mula lah gugur bunge-bunge yang baru nak mekar kat hati kitaorang! Satu minggu,1 hari jer boleh cuti,then Sabtu&Ahad MESTI KERJA! Public day pon kena kerja jugak,pakaian kena ikut company policy tak ley sesuke hati. 12 jam kerja 2 jam jer untuk rehat..bile tanya sal gaji lak,dia cakap sebab tak da job experience so dia bagi basic RM 600 excluding commision. Tapi masalahnya sape je la yang nak masuk Butik Anakku EXCEPT mak-mak yang mengandung tak pon parents kan! budak muda macam aku ape kejadah nak masuk kat situ?? So,agak susah cikit lah kalau nak harap commision tue..=,=''

Tapi ada 1 yang wat aku tersentap bila dia cakap, "So you all nak cakap yang you oulls kuat agama laa dengan I??"(in term of sarcastic) time tanya sal  solat ada tak dia bagi 'excuse sedikit waktu' bile kerja..yelah 12 jam [10am-10pm] kot! takkan nak men lenjan je kan! agak-agak lah... sangat terkejut+tersentap tapi last2 reply cakap dia elok-elok "No..no..no..I'm just asking u about this,don't misunderstood with us'" Tak guna nak marah dia pon, dia Non-Muslim, dia bercakap macam tu base on ape yang dia dah tengok dekat orang Melayu yang beragama Islam..so,tak ley nak salahkan dia 100%..time kitaorang tanya tuh dia ada cakap macam ni dalam loghat Cina;

 '' Ini sudah biase lorr..banyak company memang tak sediakan tempat untuk semayang.."
''I tengok pon pekerja-pekerja I, dorang semayang dekat rumah saje (ntah laa..hmm 12jam dari kul 10am-10pm.. rehat 2 jam jer,maybe 1 jam bagi setiap pertukaran shift ,rumah dekat oklah tapi kalau rumah jauh??) "
" tapi I senang cakap lorr, zaman sekarang banyak orang(Melayu-Muslim) tak kisah pasal ini  macam(Agama). Sudah takde lagi maa..Lu tengok dekat KL, itu sana ramai perempuan Melayu banyak pakai sexy-sexy wooo ..aiyoo itu punya macam ka??"


Pergh bernanah jugak lah telinga kitaorang time dia perli macam tuh, even kitaorang tak buat tapi bak kata pepatah kerana seekor kerbau berkubang sekandang kena luluknya(lumpur). Yew memang lah kami ni tak sealim mana,tak bertudung labuh,mahupun berpurdah...nak kata perfect sangat tu memang tak lah...tapi salahke bila tanya pasal solat? Sebab itu dah memang kewajipan kita sebagai seorang Muslim, ''Sembahyang itu tiang agamakalau tiang tu sendiri dah roboh jadi ape  lagi yang boleh dipertahankan? sekali sekala qada' bersebab takpe laa tapi kalau dah hari-hari?? mana pulak datangnya keberkatan dekat duit gaji ktaorang tu? dah lah kerja macam lembu..non-stop!  andai ditakdirkan mati tibe2  time perjalanan balik rumah macam mana??haa apa lak yang nak dijawab bile Mungkar Nangkir tanya kubur nanti??

Ini  dua kisah benar yang memang betol-betol terjadi, let's we think about dis deeply:

1. Satu hari ada seorang cikgu (Ustazah) ni accident kena langgar dengan Hilux(pancuan 4 roda) time dia balik drpd mengajar. Kalau tengok keaadaan Hilux tuh memang teruk la,cermin depan pecah,bumper depan area enjin uh memang teruk,cikgu ni plak nek moto jer, semua orang predict paling at least cikgu ni mesti luka teruk--->I mean luka yang patah teruk la base on keadaan motor and Hilux yang teruk  uh. However,what a big surprise when SHE JUST GOT A MIDDLE INJURIES! kalau orang lain dah lama patah riuk dah,dia takat calar balar jer luka sikit dekat lutut and siku tapi tulang semua ok,sikit pon tak retak! even umur dia dah nak dekat 50 tahun..Subhana- ALLAH!

2. Suatu hari,time orang ramai nak mandikan jenazah seorang wanita nih yang meninggal dunia dekat hospital, dorang sangat terkejut bila mayat jadi hitam kebiruan seluruh badan espicially muka, seri wajah mayat tu memang tak ada(bukan pandai2 wat cerita yew tapi orang yang mandikan mayat tu sendiri yang cakap ) Paling sedih sekali,time orang nak qiamkan tangan dia macam dalam solat uh..tangan dia tak boleh-boleh..sampai last2 bila orang dah binggung nak buat cara macam mana, mereka terpaksa decide  tangan uh diikat dengan tali kain kafan!Al-Fatihah,mudah-mudahan ALLAH mengampunkan segala dosa hambanya..

Hmm kadang-kadang kita memang tak boleh nak jadi perfect coz dah memang NOBODY PERFECT!,tapi setidak-tidaknya kalau kita sentiasa berusaha nak perbaiki diri itu dah syukur amat  ,mungkin kat luar sana,ada yang solat,tapi still buat perkara yang tidak elok. Tapi kita tak boley nak terus judge yang mereka itu teruk,kita yang zahirnya kelihatan baik ni bagus daripada dia. No! We totally can't do that, Sessungguhya hanya ALLAH yang lebih mengetahui apa yang tersirat di hati kita ini. Mana tau bila once hidayah ALLAH dah sampi kat dia,tak mustahil dia lagi baik daripada kita kan... macam pelakon Diana Amer tuh dulu dia memang seksi sangat tapi sekarang..ALHAMDULILAH..memang dia tutup aurat betol2 ciap pakai stokin sekali..heee terasa aku tau...Lagi satu, nak wat manager or tauke  respect sikit kat kita time cari kerja,korang speaking cikit lah yerr..alaa yang broken english pon ok what dorang tu pon bukannye orang putih.. cukuplah kita reti speaking sikit, kalau tak dorang nih asyik nak menganjing jerr..pikir kita ni bodoh sangat senang nak dikuli batak kan...

Ahad, 8 April 2012

NAK MENIPU PON AGAK-AGAK LAH DERR..



As-Salam

hee lately ni rajin pulak kan aku keja update entry, boleh dikatakan hari-hari kalau dekat facebook aku uh mesti keluar link blog aku or update status (what in your mind) silih berganti..hee korang jangan tak tau time cuti semester nih aku bohsan! dulu aku memang giler facebook tapi ntah la sekarang "passionate" tuh dah makin berkurang, tengok la kalau orang datang kat wall aku,aku reply la coment dorang semampu boleh..kalau tak aku un tak tau nak buat ape kat facebook tuh..lagi-lagi sekarang, dia dah paksa aku tukar timeline,ceh menyampah aku dengan benda alah tuh,serabut ok! tapi ape ley wat aku bukan bini Mark Zuckernberg pon..

Hmm so arini entry aku santai-mantai jer..aku un tak da la suke nak update entry yang jenis nak condemn  orang kan..bukan ape kang berie cakap orang tapi diri sendiri tak betol haa kan dah memalukan diri sendiri..tapi so far aku masih lagi berpegang kepada prinsip  SEBELUM NAK CAKAP ORANG CERMIN DIRI SENDIRI DULU..yurp memang aku pegang sampai mati..so kalau aku tak buat, maka memang aku tak buat lah.. suke hati nak percaya atau tak, janji ALLAH tahu sudah lah kan..

Actually aku geli hati sangat dengar mak aku membebel, mengekek-ngekek aku ketawa, korang tau pasal ape?? haaa  pasal nombor salah masuk dekat handset mak aku..  hahaha aku tak tau la itu sengaja atau tak sengaja tapi tengok cara macam di sengajakan.. apeseyh! Mak aku cakap dah banyak kali dah dia terkena ada yang miscal kul 5 pagi time orang tengah syok-syok membuter..ada lak yang meroyan hantar mesej 3 kali  1 dalam B1, 2 dalam BM " HIHIHI CALL ME BACK" ... ada pulak  seorang India tetiba call time waktu maghrib  apelah..kalau orang memang btol salah nombor pon mesti ley detect kan..mak aku tu bukan budak kecik yang senang nak di kelentong, lagi-lagi lah bile mak aku panas hati call balik nombor-nombor tu semua, suara pertama yang angkat call uh mesti lelaki... 

Paling tak boley blah yang nombor yang call kul 5 pagi uh..bile call  back dia angkat hmm suara lelaki, aku ingatkan abang aku, bila aku tanye dia,dia tanye balik aku ni siapa?Dia cakap dia Yus dari Sabah. eh peliksnyew..last2 mak aku yang jawab and bersoal jawab dengan dia..ceh tetiba lak keluar alasan maybe isteri saya tersalah dail kut..Dah lapuk lah weyh.. cube korang pikir logic  ada ke kul 5 pagi isteri tersalah dail? isteri mana tuh..kalau betul isteri kenapa bile call balik suara lelaki yang angkat? cara cakap tak macam laki orang pon..

Yang gile meroyan  keje hantar mesej suruh call pon sama jugak, mak aku dail balik  nombor tu, bile angkat suara lelaki,then mak aku tanya siapa? dia jawab '" dah awak call mesti awak tau siapa saya'' ewah-ewah engkau... bile mak aku bagitau  nama dia..terus dia passing call uh dekat perempuan..entahlah perempuan tu cakap dia dari Seremban alasan dia  maybe anak dia main-main dengan hanset dia.. nampak tak permainan dia?? sejak daripada  tuh terus tak da lagi mesej-mesej gile..

Tang orang India(suara lelaki) tu lagi peliks, actually lagi peliks macam mana boley orang India yang call, kut ye pon tersalah nombor tak kan lah boleh tersasau macam tuh kan..lepas satu,satu ,datang nombor yang kekononnya tersalah kan.. hmm aku memang tak tau  laa ape motifnya,aku tak rase dia nak berkenalan dengan mak aku yang 44 tahun tuh kan..tapi satu je la,kalau ada yang nak cari aku then dail no 017-740**** sorry itu no mak aku,jangan main-main dowh nahas nanti kalau mak aku dah naik angin.. actually aku baru ada hanset and no.fon sendiri tahun 2011 time aku 18 tahun, selepas habis sekolah menengah..nombor yang before that tu semua no.fon mak aku. dan aku lak just bagi no. fon aku sendiri dekat orang yang betul-betul aku percaya,kenal and yang memang aku ada urusan jer..sebab kalau ada yang tak kena  cikit memang aku ley detect sape punye kerja!!hahahaha

Sabtu, 7 April 2012

Kerana Nafsu Tergadai Maruah


REALITY MASAKINI

As-Salam

Hmmm tadi kan aku da tengok citer Nurin Najwa kat TV3..mule-mule time tengok iklan macam citer hantu! tetibe keluar budak merayap kan..dah tengok hmmm macam tuh al-kisahnyer. Haisy tetibe nak bagi award lak kat director Murali Abdullah.Tak silap aku lah kan dia ni seorang mualaf orang hindu convert Islam. Tapi aku memang respect gilew kat dia kalau buat story, memang banyak sangat pengajaran dan semua kisah-kisah dia about reality life! Amazing thoughts! Memang dia benar-benar dapat hidayah ALLAH S.W.T

So berbalik kepada kisah ni, aku memang tak nafikan curently melambak sangat kisah orang buang bayi,mayat bayi ditemui lah..bayi itulah..bayi inilah..haisy macam-macam! seingat aku time aku kecik-kecik dulu tak da lak selalu sangat dengar news macam ni, just lately jerk makin menjadi-jadi..hmm benarlah hadis rasullullah di mana pada akhir zaman nanti, anak luar nikah bagaikan suatu kebiasaan..dah tak ada dah halal dan haram..sume sama jer..eh tapi aku bukan nak kutuk lak anak luar nikah nih..dorang tu tak bersalah ok! yang bersalah uh mak bapak dorang! so jangan sesuke hati menghukum budak yang tak bersalah uh atas dosa yang dia tak pernah lakukan..dia un tak mintak kan nasib dia jadi macam uh..

ok kalau korang tengok awal-awal cter nih..Si Nurin( lakonan Sari Yanti) dia kena tangkap sebab dia membunuh bayi dia sendiri.. Si Irfan(Lakonan Zahiril) tu pulak kena tangkap sebab di dapati bersalah sebab bersubahat tanam bayi Nurin.. tapi kan beb,actually aku agak kesian kat mamat nih...hehehe yelaa tak masal jer kena penjara sebab tolong Si Nurin uh! Haiyooo..well I really  confess about Love is Blind..it totally complex and getting tough to describe on. Kerana cinta juga badan merana jiwa melara..alahaiii..

Irfan ni kire kawan sebaya dengan Nurin. Sebenarnya dia memang dah lame ada hati kat Nurin ni,ceh Love at first sight la kan..and Nurin pon suke kat dia..tapi dorang tak pernah luahkan perasaan dorang. Bagi aku maybe Irfan nih dia tak nak mulakan dulu sebab dia sedar diri dia siape.Dy takat budak kampung jer,anak banduan yang mati kat tali gantung sebab dadah pulak uh...Nurin tuh plak anak orang kaya..mana la padan kan.. last2 bile Tika(kawan sekampung Irfan.dia ni pon ada hati kat Irfan nih senanya) buat fitnah kat mak tiri Nurin(lakonan Bety Banafe) tu yang hubungan dorang terpisah terus.

Start daripada tuh, datanglah Cikgu Fikri( Lakonan Zamarul Hisyam) jadi private tutor Nurin dekat rumah. Pergh mula-mula kan aku un suspens jugak ingatkan cikgu dia nih yang jadi Pak Haruanyew..yelah tau-tau je lah kan Zamarul Hisyam kalau berlakon selalu pegang watak antagonis.. tapi bile aku stay sampai akhir baru tau citer yang sebenar. Aku pernah terbace kat paper dulu yang Zamarul Hisyam kalau boleh dia nak pegang watak yang baik-baik or yang memberi pengajaran bile umo dia dah masuk 40 tahun..So no wonder lah, he do it! Aku respect  sangat kat Cikgu Irfan nih coz dia sangat bertanggunjawab jaga anak murid dia bila parents tak ada dekat rumah TANPA MENGAMBIL KESEMPATAN SIKIT PUN

Si Nurin lak tak tentu hereh(ayat mak aku =,=') pantang nampak cikgu handsome ckit dah cair, baru kena puji cantik  sikit dah perasan.. nak digodanya pulak cikgu dia uh. Tapi bile dia meluahkan perasaan dekat cikgu uh dalam surat. then bila Cikgu Fikri explain perkara yang sebenar dia malu sendiri. Ini ayat Cikgu Fikri yang aku still ingat(maybe tak exactly sama macam ayat dia sebijik-sebijik,tapi maksud tetap sama);

'"dalam hidup ni memang tak salah untuk merasa bercinta dan dicintai'
'Ini memang naluri semulajadi,kalau ditahan makin lama makin bertambah kuat'
'tapi masalahnye, kena habiskan study dulu then baru bercinta,kalau tak semua entah kemana'
'tugas cikgu adalah mengajar kamu(anak murid) bukan bercinta dengan kamu(anak murid)
'ini memang dah jadi tanggunjawab cikgu,kamu dah salah faham ni(Nurin)"

ececeh..last2 time disoal siasat polis Nurin try to make a slander dekat Cikgu Fikri. Dia cakap cikgu tu la ayah kepada anak luar nikah dia uh, sebab aku rase maybe dia tak puas hati sebab cinta dia ditolak kot..that' why jadi macam tuh..Tapi kena tengking dengan polis sebab polis dah ada test DNA bayi and tahu hal yang sebenar. Time tu bawu lah dia terhegeh-hegeh cakap jujur..Naseb baik teknologi maju kan kalau tak kesian sangat orang yang tak bersalah tetiba disabitkan bersalah..Rupenye selama ini Nurin dah lama wat kerja terkutuk uh dengan pemandu dia sendiri sejak dia pindah KL..dia sendiri yang merelakan! what da hell meyh..So ayah kepada bayi dia uh En. Bakar  yang pakai spect muka bajet baek tuh. yang selalu disuruh buat itu ini dengan parents Nurin .rupenyew harapkan pagar,pagar makan padi!!

aku yang tengok pon emo gak, yelah ada ke patut macam uh..tak masal orang yang tak bersalah terkait sama.kalau tekena kat aku pon memang berangin lah jawabnye silap haribulan tak masal  je taekwando aku TERpraktis kat Nurin tuh kan...naseb baiklah ending story nih dia kahwin dengan Irfan and futher study kat oversea 5 tahun lepas keluar dari penjara..untunglah anak orang kaya tapi agak-agaklah kan, mentang-mentang engkau anak orang kaya, bapak kau loaded but it doesn't mean you could manipulate the other people just for your own sake! memang tak nafikan memang ada spesies manusia macam ni in reality, well duit boleh beli segalanya kan?kan?blah la..yurp hidup kalau tak da duit memang payah tapi kena ingat gak duit tak dibawa mati,yang dibawa masuk dalam liang lahad uh just amal jariah jer..so berpada-padalah..everything just a loan from ALLAH. 

 Lagi satu nasihat aku kepada semua perempuan di luar sana termasuk lah diri aku jugak kan, kita kena sentiasa menjaga maruah diri kita, yelah kita nih orang perempuan, sangat susah untuk dijaga,banyak sangat pantang larangnya. tapi tu semua untuk kebaikan kita. Kadang-kadang bila terjadi kes-kes macam ni,kita tak boleh nak salahkan satu pihak jew..actually dua-dua pihak turut bersalah bak kata orang kalau tak ada angin masakan pokok boleh bergoyang. Paling aku sedih,last-last perempuan jugak yang menangung akibatnya..orang lelaki culprit uh lepas tangan and lesap entah ke mana..habis madu sepah di buang..so,tinggal lah kita sensorang, dah la masa depan tergadai lepas tuh nak hadapi mulut-mulut orang sekeliling lagi and family kita pon  turut terkena tempias same.Haa bagi lelaki lak..lelaki yang baik tak akan pernah sentuh perempuan selagi perempuan tuh tak halal bagi dia. kalau dah gilew sangat islam suruh menikah. lagipon tugas lelaki untuk memimpin kaum perempuan yang lemah bukannya perosak kaum perempuan. Janji ALLAH lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Haa jangan takat pandai cakap je nak kahwin nak cari isteri yang perfect yang solehah bagaih,tapi diri sendiri ntah ape-ape..Adil ke macam tuh??



Jumaat, 6 April 2012

Love In The Train


I don't want to talk about lovey-dovey couple..cause I'm pretty sure all of you very familiar with that kinda of story. So, today I just try to give something special and fantastic! I would say that it just S.W.E.E.T moment@ TRUE LOVE  that was stumbled up by me at a sneak peek during I got the opportunity to be a passenger in KTMB Train. When I simply sit back while feeling  restless damn to arrive at Segamat from Kluang, my luminous eyes suddenly catch up this scene.It's really touch my deeply heart and I do remember this till now...how sweet they're...





Actually I don't know who they are,what their name and whatsoever.. I just could bet with you that they are MALAYSIAN. Even though I just a Johorian Malay but I still pay my respect to them.Hmm I guess they are Kelantanese perhaps..cause I wouldn't figure out what they're talking about,I mean different Malay's dialect. I really interested with the boy who is upholding his youngest brother..You  know what.. He is a Chinese boy! At the first I time I saw him, I did glanced several times in order to identify his gender, sound funny isn't? But I just a bit confuse cause there's Kain Batik apparently cover his lap. I could see vividly his true love and his commitment also on his brother. He attended his brother nicely until that baby stop crying. REAL BROTHERHOOD!!  Then, the cute granny also stole my attention! She has kept chatting with primarily auntie (wearing yellow-blouse at  the front sit) in Kelantanese's dialect. Basically, It is something  new for me  cause of  I'm a native Johorian. That particular guy (wearing stripes-tshirt) also look awesome + charming  when he ate Nasi Lemak.. Wow  the sense of 1 Malaysia is extremely fill up every edge of this ambiance. Love it!!







Owh my little-sweet-girl! You must appreciate your grandpa after you grow up soon. He love you fucking damn much baby! He has gurgled you non-stop and I witnessed clearly by my sight. For your information peeps, there are all a Chinese family definitely. I wonder she should be proud with her super-groovy-grandparents! when their grandchildren wandering forward,her granny( wearing grey-blouse at front sit) would take care her, and when she moved backward her grandpa would watch over her. I can't  describe my feeling...it so hard to express in single word form. I just crave ear to ear smile as a blissful sign and I whisper in my heart ' I AM SO LUCKY WAS BORN AS MALAYSIAN, WE  LIVE IN HARMONY & PEACEFUL  EVEN WE ARE MULTIPLE-RACES,hope it will be forever and ever' 

.

Khamis, 5 April 2012

Bila Atukku Makan Lolipop!!

As-Salam

Sumpah! aku rindu glew babun nak update blog ni meyh...alolorh sorry la yunk actually blog aq dalam proses renovation---> dah macam rumah lak =,=" that why lah aku dah lama tak update entry baru..lagi-lagi bile cuti semester sekarang nih...bunyi macam banyak masa terluang kan? tapi..masalahnya aq penat weyh..banyak benda aku nak buat....hehehehe.. ok kalau korang tengok sekarang blog aku dah diberi nafas bawu..yelah mane taknye dulu nyaris-nyaris nak mati sebab sakit jantung!! sengal! actually I mean I give special make-over for my official blog.. haa cantik tak header baru aku?? kalau da yang nak kutuk,lantaklah..engkau pandai kutuk jerr, engkau sendiri buat tak reti kan?kan? boooooo

hmm aku happy sangat coz dapat tunjukan hasil kerja aku sendiri,naseb baik laa ni bukan homework add math or kire-kire accounting bagaih uh...Ini  just kerja-kerja yang melibatkan kretiviti aku or artwork, so no wonder lah, aku sanggup bersengkang mata pagi petang siang malam semata-mata benda alah nih sorang-sorang... haha nak bangga jap! azab weyh nak edit benda alah nih!! Just orang yang betul-betul komited je ley ciapkan...

kali ni aku nak share gambar, dalam pale otak ni melambak sangat benda yang aku nak membebel kat blog aku nih, tapi tula pasal asyik tak sempat jew..buzy mengalahkan perdana menteri!! ok lah straight to da point, memandangkan ada satu gambar kat wall fb aku mendapat like yang paling banyak a.k.a popular lah konon-kononye so aku nak wat special entry pasal gambar nih



tu diaa.. dasyat tak atuk aku?? ko ade?? Hee comel kan dia makan lolipop..aku yang muda ni un dah tak makan dah benda alah nih.. korang pernah tengok tak scene macam nih punya baeeekk??

wow super addictive!! it has its own bigger fans!!


Alkisahnye bermula cengnih, petang uh parents aku baru balik dari wedding orang, so as usual dapat la goodies yang dalamnye uh da macam jajan. Actually kalau da baulu,mak aku memang letak terus dekat sebelah kerusi malas atuk aku nih..tapi aku tak expect lak dia tetibe nak makan lolipop nih..mule-mule uh aku nampak dia terkial-kial nak bukak something, so when i came closely i just got a big surprise! that's lolipop!haiyoo..aku un layan jela atuk aku ni kan...hehe nak larang un dia memang tak makan saman.. In fact dia memang suke makan manis-manis tak kisah lah kuih ke air ke..that his faveret.. kalau dilarang pon alamatnye memang muncung sedepa la atuk aku nih. I wonder this is da sweet moments that just emerge once in blue moon,so why not I snap several pictures isn't??



 yeahh my only-one-grandpa is forever awesome!! he so cute!! sweet moments for my bigger family =))


hehehehe I would say that he is one in millions..I love him forever.. he already 98 years old now----> TRUST ME, THERE'S NO POINT TO LIE U'OLS WITH THAT FACT.. I ain't such a liar ok!! lagipon ini adalah satu-satunya atuk yang aku ada, arwah datuk belah ayah aku memang dah meninggal semenjak aku belom wujud kat dunia nih,then nenek belah mak aku( isteri atuk aku y makan lolipop nih) meninggal time aku berumur 6 tahun..last sekali nenek belah ayah aku meninggal time aku 17 tahun..hmm da heart-wrenching story right? ALHAMDULILAH at least aku still ada atuk belah mak yang korang tengok makan lolipop tuh..setidak-tidaknya kalau celebrate hari raya uh masih terasa lagi meriahnya coz pak cik mak cik aku akan balik rumah atuk aku ni@ rumah yang aku tinggal sekarang.

 Ha lagi satu aku nak cakap dia nih even suke makan manis-manis so far tak pernah ada diabetis, just high-blood pressure jerr.makan,berjalan,pendengaran and penglihatan semua ok lagi, sume nampak, sume dengar..pagi-pagi lagi dah bangun pergi ke kebun dia...aku un tak larat tau..Ini memang dah tak leh nak cakap apelah kan..mak aku dah berbuih mulut larang dia,tapi dia tetap degil gak..apeley wat..kitaorang just harap jangan jadi ape-apelah kat dia nih..tu jerr..

lagi satu feveret dia nih bola sepak@local football..pergh korang kalau tengok gelagat dia watch match kat TV1 uh,mak aihhh mengalahkan budak muda..riuh mulut dia..ciap marah-marah lagi kalau bola tak masuk gol..yang wat aku peliks,tau aje time match uh..tak pernah miss..abang-abang and ayah aku un tak sefanatik macam uh..naseb baik lah rumah aku tak pasang ASTRO kalau tak hmmm memang 24jam lah atuk aku nih tengok football international match !! adodoi atuk..atuk..atuk...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...