Hello bertemu kita lagi dalam entry Shawal Arabella..tapi kali ini i'olls nak masak-masak pulak.. asyik promote product je kan..boringg.....kalau boleh i'oulls nak blog ni universal..semua ada..produk kecantikan, resepi, citer mistik..kerohanian...education.. travel....semuaa lahh kalau boleh..actually banyak benda nak share,,tapi tu laa kalau malas nak type tak boleh wat ape lahh..last-last terperap jadi draft.. ahaha who knows one fine day kalian boleh tengok saya masak ala-ala martha steward or rachel ray tuh dekat youtube? tak pon macam ala-ala 5 rennchahh 5 raaasee tv3 (slang omputehh ciket) yang suka baling-baling sayur tuh! wakakaka maybe laa one fine day in future..
okay ini dah second time saya buat makaroni baked..yang first macam tak jadi sangat tak pejal and cair...yang second ni saya rasa jadi ciket sebab dia pejal..macam mula-mula saya makan hasil air tangan auntie rosnani( mak kepada kawan saya, syue). okay resepi ni olahan citarasa saya selepas saya tengok satu video dekat youtube..laura ape ntahh nama chef tuh..dia guna 3 jenis cheese..shredded cheddar,shredded mozarella and parmegano (cheese powder)..dia tak guna telur tau..memang fully cheese..semangkuk..semangkuk..omputih cheese murah no wonder lah..kalau saya nak guna semangkuk-semangkuk..pokai terus..1 pack kecik shredded cheddar uh around rm 15..baru satu nakk..kalau nak semangkuk dah berapa total??
ini videonya..tapi saya dah alter ciket ya resepi ni..not exactly 100% macam resepi dia... MAC CHEESE
BAHAN-BAHAN;
- 200g Makaroni (saya guna brand San Remo saya guna separuh daripada pack tuh..bukan semua)
- Suku kecil Butter ( untuk menumis)
- 1 buku Minced Chicken/Beef ( Brand Ramly selalu ada dua buku.. guna sebuku dah cukup* kalau guna minced beef make sure rebus dulu bagi buang lemak kalau tak high colestrol hidangan anda..air stock jangan terus buang.. simpan dalam peti ais..boleh guna masak mee hailam pulak ecehh :-)
- Sosej (tak kisah brand apa, potong kecik bulat-bulat)
- 1 tin Prego Pasta Sauce ( saya guna Cheese & Herbs (tin kuning) sebab suka makan yang ni.. tapi terpulang nak guna carbonara or tomato pon boleh juga )
- 1 litre Susu Ducth Lady ( tak kisah full cream atau low fat atau fresh milk..janji susu putih)
- Cendawan butang ( slice kan ya halus2)
- 4 biji telur size A
- Mozarella Cheese (keju yang dah ciap parut tak kisah brand apa)
- Cheddar Cheese (keju yang dah ciap parut tak kisah brand apa)
- Parmegano @Parmesan (kebiasaannya keju ni dah ciap pack..tapi dia macam serbuk bukan parutan kasar tak kisah brand apa)
- Breadcrumb (Untuk tabur atas makaroni..bila tabur topping makaroni baked kita jadi crispy ciket )
- 2 packet Perencah Maggi Kari ( kalau letak ni lagi sedap rasa kalau tak macam rasa tawar..tak tahu lah.. saya melayu+jawa memang lidah dah terbiasa spicy spices taste nih ahahaha)
- Daun Bay (Tapi saya guna daun sup+daun bawang je sebab dah ada dalam peti ais.wakaka..jangan lupa cincang halus)
- Agak-agak tawar letak Garam ciket..
- Essence Vanila
*semua bahan-bahan boleh dibeli di supermarket..mini market 3 jenis cheese ni tak ada rasanya..kalau ada pon dia jual cheese keping je..
CARA-CARA MASAK:
- Rebus makaroni dalam 10 minit (jangan lama-lama nanti benyek tak sedap!)
- Panaskan kuali, cairkan butter..macam saya saya tambah bawang putih+black pepper yang ditumbuk lumat+ 2 packet perencah maggi kari.....saya tumis dengan butter dulu sampai naik bau.. then baru saya masukkan Prego Pasta Sauce 1 tin tuh..
- Next, masukkan minced beef@chicken..masak dengan prego pasta sauce sampai kecut and nampak daging tuh berketul-ketul (*penting ya jangan main campak je semua dalam kuali)
- Bila daging dah berketul-ketul.. baru, masukkan sosej + mushroom yang telah dipotong
- Then masukkan susu dutch lady 500 ml atau separuh daripada kotak..kacau sampai mengelegak
- Bila dah mengelegak and tekture kuah jadi pekat masukkan makaroni yang dah ciap rebus tadi
- Masukkan campuran 3 cheese ( mozarella + cheddar + parmesan@parmegano..campur ketiga-tiga cheese ni dalam 1 mangkuk kecil terlebih dahulu then baru masukkan dalam makaroni anda)
- Gaul rata masukkan daun bay@daun sup ( haa kali ini anda boleh nampak tekture cheese jadi likat boleh tarik-tarik ... ala-ala pizza hut tuh)
- Tutup api..then biarkan seketika
- Now, pecahkan 4 biji telur dalam bekas lain..kalau makaroni banyak 5 biji telur ya..then campurkan susu ducth lady yang berbaki lagi 500ml tadi.. (makesure nisbah 50:50..jangan terlebih susu nanti cair.. terlebih telur sangat pon tak bagus...high colestrol + takut hanyir) .Masukkan essence vanila (function nak kurangkan bau hanyir telur tuh) pukul telur+susu+essence vanila sampai kembang..
- Amek loyang@bekas tak kisah pape janji boleh masuk oven...laser dengan butter atau lapik dengan aluminium foil supaya tak melekat adunan anda bila dah bakar nanti..
- *MESTI TUANG DULU ADUNAN TELUR+SUSU yang dah siap dipukul tadi dalam dulang terlebih dahulu..BUKAN LETAK MAKARONI..sebab kalau letak makaroni..adunan anda tak jadi pejal..telur tadi tak fully gushes sampai based..so bila potong makaroni akan berterabur..
- Tuang telur sampai suku dulang atau separuh bekas jaa..then baru masukkan makaroni yang dah ciap masak tadi..ratakan..makesure makaroni mesti terendam dalam adunan telur tadi..sama paras lah senang cakap..
- Untuk topping..taburkan cheese parut (cheddar+mozarella+parmesan) suka hati lah nak letak banyak mana janji cover penuh topping makaroni anda
- Last sekali jangan lupa tabur breadcrumb bagi golden-golden crispy ciket bila dah dibakar..
- Done! bakar dalam oven suhu 200 darjah celcius selama 30 minit..agak-agak lah... depends oven anda..jangan sampai hangus atau tak masak pulak adunan makaroni cheese anda okay.. :-)
loyang yang pertama..saya dapat buat untuk 2 loyang |
bila kita guna breadcrumb topping atas bila baked warna jadi cantik and lebih rangup... |
nampak tak tekturenya pejal..before this saya buat makaroni nye berderai..tak solid macam ni |
adunan loyang ke dua..nampak tak bila kita potong..cantik je dia kuar..tak ada cair ke apa... |
#masaklah dengan seikhlas hati dan jangan lupa selawat banyak-banyak..inshallah walau apa pon anda masak pasti sedap
#sekali sekala masak sendiri dirumah apa salahnya save budget
#air tangan sendiri lagi bermakna daripada air tangan bangla@vietnamese tau..lols
thanks you for readings peeps! ada masa nanti kalau saya rajin.. saya update resepi lain pulak..jangan lupa untuk mencuba okay..